TOK GAJAH

SIAPAKAH TOK GAJAH? 



Nama sebenar Tok Gajah ialah Rasu Abdul Salam Bin Shahrum. Dalam lipatan sejarah Pahang dan dari kaca mata pribumi nama Tok Gajah terukir sebagai salah seorang Pahlawan Terbilang Pahang. Antara peranan Tok Gajah ialah memberikan idea untuk menentang British secara besar- besaran. Sebelum melakukan penentangan ini , Tok Gajah mengadakan satu pertempuran dan dalam pertempuran itu , semua pembesar lain bersumpah menyatakan taat setia kepada Sultan Ahmad. Mengikut cadangan Tok Gajah , serangan telah dilaksanakan secara serentak. Dato Bahaman telah mengambil Semantan , Sultan Ahmad mempertahankan Chenor , Panglima Muda dari Jempul menawan Pekan , Mat Kilau dan Tok Raja akan menawan Kuala Lipis dan Raub sementara Tok Gajah sendiri akan ke Kuala Tembeling.


Tok Gajah juga berperanan dalam membantu sultan ahmad dalam perang saudara. Dalam Perang Saudara Sultan Ahmad menentang saudaranya Wan Mutahir. Dalam serangan tersebut Tok Gajah membantu Sultan Ahmad untuk mengumpulkan hulubalang dan membina kubu. Beliau juga menggunakan pelbagai serangan. Walaubagaimanapun , Wan Mutahir mendapat bantuan daripada British. Dalam serangan tersebut , Sultan Ahmad berjaya dan atas taat setia dan baktinya , Tok Gajah dilantik sebagai Orang Besar Raja.


Selain itu , beliau juga berperanan dalam membantu perjuangan Dato Bahaman dalam menawan balai polis Lubuk terua yang berada di bawah kuasa British. Perjuangan ini dibantu oleh pembesar lain iaitu Imam Rasul dan Mat Kilau. Beliau melakukan penentangan ini kerana pembinaan balai polis di Lubuk Terua mencabar kuasa Dato Bahaman  sebagai pembesar di Lubuk Terua. Hal ini demikian kerana pihak British tidak berunding terlebih dahulu dengan Dato Bahaman tentang pembinaan balai polis ini. Lebih-lebih lagi pembinaan balai polis ini juga di kawasan lingkungan pengaruh Dato Bahaman.


 Peranan Tok Gajah juga terserlah dalam menawan Kuala Tembeling. Peristiwa ini bermula pada akhir 1892 apabila orang melayu Pahang di bawah pimpinan Datuk Bahaman , Mat Kilau dan Tok Gajah di Pahang diusir keluar ke Hulu Kelantan. Pada Mei 1894, Mat Kilau dan Tok Gajah berpindah dari Hulu Kelantan ke Kuala Terengganu dan tinggal di Kampung Seberang Engku Ngah. Ketika di Kampung , Mat Kilau selalu berulang lik ke Kampung Paloh dan berjumpa Tok Engku Sayyid. Pada 14 Jun 1894 , Mat Kilau dan Tok Gajah membawa 100 pengikut untuk menyerang Inggeris di Kuala Tembeling dan mendirikan kubu di Jeram Ampai. 

No comments:

Post a Comment