SIAPAKAH DATO' BAHAMAN?
Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh yang lebih dikenali sebagai Dato' Bahaman ialah Orang Besar yang menentang penjajah British di Semantan, kawasannya di negeri Pahang,Tanah Melayu. Dato Bahaman ialah anak kepada Tuanku Imam Nuh yang berasal dari Bangkinang, dan Rokiah Abdul Rahman, anak perempuan Tok Setia Perkasa Semantan yang berketurunan Bugis dari Sulawesi Selatan. Dato' Bahaman telah lahir pada tahun 1824 di Acheh. Dato' Bahaman merupakan seorang yang pandai bersilat dan mempunyai sifat kebal. Kelebihan ini telah menyebabkan Bahaman digelarkan 'Seman Tahan' oleh penduduk di sekitar kawasan itu sehingga sungai yang tidak bernama ketika itu diberi nama Sungai Seman Tahan dan seterusnya menjadi tempat persinggahan British. Beliau diberikan anugerah kerana kegagahan dan keberaniannya dalam perang saudara di Pahang dan perang Klang di Selangor.
PERANG SEMANTAN
Punca utama Perang Semantan ialah ketidakpuasan hati orang-orang besar Pahang terhadap campur tangan British ketas kawasan mereka. Ketegagan itu bermula pada bulan Disember 1890 ketika E.A Wise hendak mendirikan sebuah balai polis di Lubuk Terua yang terletak dikawasan Dato Bahaman, tanpa sebarang perundingan dengannya. Apabila Hugh Clifford, pemangku residen British Pahang mengetahui hal tersebut, beliau menasihatkan sultan dan baginda kemudian menitahkan Dato Bahaman supaya pergi ke Pekan agar pekara itu dapat diselesai. Oleh sebab Dato Bahaman enggan ke Pekan , sultan mengeluarkan surat perintah yang melucutkankan pangkat dan tarafnya sebagai Orang Kaya Semantan.
Tindakan itu menyakitkan hati Dato Bahaman. Keadaan ini menyebabkannya dan pengikutnya menyerang hendap C.E.M Desborough di Sungai Semantan pada 15 Disember 1891 ketika beliau menyangka Desborough datang untuk menangkapnya. Dalam serangan mengejut itu, pihak Desborough telah kalah dan mereka melarikan diri ke Bandar Temerloh.
Setelah mengetahui peristiwa di Semantan itu pegawai-pegawai British Pahang menyediakan tentera untuk melawan pembangkang-pembangkang Melayu. Ekoran itu pada 21 Disember 1891, satu pasukan diketuai oleh Clifford dan Tengku Mahmud pergi ke Kampung Kelubi yang merupakan kubu kedua pertahanan Dato Bahaman. Disini berlaku sekali lagi pertempuran antara pihak British dengan Dato Bahaman tetapi pihak British sekali lagi ditewaskan.
No comments:
Post a Comment