PENDAHULUAN

 Di Negara terdapat pelbagai ulama-ulama islam yang memjuang dalam menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Antaranya adalah Tok Janggut , Dato Bahaman , Mat Kilau , Tok Gajah , Tok Kenali . Ulama- ulama ini muncul semasa kedatangan kuasa asing seperti  British , Inggeris , Portugis , Belanda dan Jerman  ke Tanah Melayu. Perjuangan- perjuangan yang dilakuan oleh ulama-ulama islam ini berkait rapat dengan semangat nasionalisme. Nasionalisme merujuk kepada perasaan cinta dan taat setia yang mendalam terhadap tanah air yang kemudiannya mendorong kepada keinginan untuk berjuang bagi membebaskan tanah air daripada pemerintahan kuasa asing. Antara faktor utama yang membawa kepada nasoinalisme ialah kezaliman dan penindasan yang dilakukan  oleh kuasa asing terutamanya British.
Antara penindasan ialah dasar penaklukan yang diamalkan oleh British. Penaklukan British terhadap kawasan- kawasan seperti Naning , Pahang , Terengganu dan Kelantan telah menimbulkan penentangan dalam kalangan ulama-ulama islam. British menakluki negeri –negeri Melayu bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politik mereka. Pengukuhan kedudukan politik ini menyebabkan kawasan jajahan penjajah menjadi semakin luas dan kawasan tersebut akan terikat dengan pemerintahan dan peraturan penjajah.
Sistem pentadbiran barat juga menindas rakyat tempatan. Ulama-ulama islam ini juga menentang British kerana British telah memperkenalan sistem pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan. British telah memperkenalkan pelbagai cukai , undang-undang , dan peraturan tanah dengan sewenang wenangnya terhadap penduduk tempat demi  memperoleh hasil yang maksimum. Di Terengganu , penduduk menentang British kerana undang-undang tanah yang menetapkan bahawa setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk tempatan mestilah mendapat keizinan mereka dan dikenakan cukai tanah.
Kezaliman dan penindasan ini akhirnya membawa kepada perjuangan . Perjuangan ini lahir dalam beberapa peringkat dan keadaan. Peringkat awal berupa penentangan bersenjata dan melibatkan pertumpahan darah. Walapun penentangan yang dilakukan oleh ulama-ulama islam adalah melibatkan pelbagai cara dan kaedah , mereka tetap mengalami kegagalan . Kebanyakan mereka telah dihukum bunuh dan dipenjara. Hal ini demikian menyedarkan ulama-ulama islam yang lain bahawa kekerasan hanya membawa penderitaan . Dengan ini seluruh rakyat tempatan tentang kepentingan menuntut kemerdekaan dan berusaha dengan langkahnya.

No comments:

Post a Comment