SIAPAKAH MAT KILAU?
Mat Kilau ialah seorang pahlawan Melayu yang berjaya menentang penjajah British di Pahang.Nama penuh beliau ialah Mat Kilau Bin Imam Rasu.Beliau dipercayai lahir dalam thin 1865/1866 di Kampung Masjid,Pulau Tawar,Jerantut,Pahang.Mat Kilau merupakan seorang yang pandai mengaji,berjanzi dan berdikir maulud.Hobi beliau ialah bermain gasing dan berlaga buah keras.
SEJARAH PERJUANGAN
Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati.Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang.Pada Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan,Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau.Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau.Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuat beliau menjadi seorang yang jujur dan tegas,justeru itu beliau sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya.Pengikutnya terlalu ramai ,tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,Teh Ibrahim,Mat Kelubi,Mat Ali(khatib),Awang (Imam) dan Mat Tahir.Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura.The Straits Times dan Free Press menyatakan "Ketua Penderhaka,iaitu Dato'Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober 1895.The Free Press pula memberithau bahawa "Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya telah cedera di muka dan di kepalanya.Luka-luka itu sangat parah dan beliau telah mati dalam perjalan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah".Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895,maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa orang sahaja.Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka'oleh Inggeris ,maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan akhirnya bermastautin di Batu 5,Jalan Kuantan,Gambang.Semenjak 1930,Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.
Dalam bulan Disember 1969, Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri dan bernama Mohamad bin Ibrahim. Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai, maka Mat Kiau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau, maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau Tawar. Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah membaca Quran dan kemudiannya mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau. Pengisytiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang. Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun. Beliau tidak sempat menceritakan kisah-kisah perjuangnnya kepada kita dengan lebih lanjut.
No comments:
Post a Comment